Menurut laman sesawang Wikipedia, haiwan, binatang atau fauna merupakan salah satu hidupan yang terdiri daripada satu sel atau banyak sel. Dalam dunia kanak-kanak, mereka sering diperihalkan tentang haiwan-haiwan yang baik hati dalam kisah-kisah dongeng seperti Arnab dan Kura-kura, Sang Kancil dan Buaya, serta pelbagai lagi. Anak-anak kecil juga sering dihiburkan dengan telatah haiwan seperti burung-burung yang berterbangan, ayam yang berkokok, kucing yang sedang bermain dan sebagainya. Dalam konteks sebenar, dunia haiwan dijadikan medium kepada ibu bapa untuk memberi nasihat, teladan dan pengajaran kepada anak-anak mereka. Melalui blog ini, saya ingin menunjukkan bahawa di dalam proses pembelajaran tema haiwan juga digunapakai untuk menyampaikan pengajaran kepada kanak-kanak. Pengajaran boleh disampaikan melalui lagu, stimulasi dan lain-lain aktiviti. Semoga pengisian blog ini dapat dikongsi dan memberi manfaat kepada kita semua.
rama-rama ye cikgu dah macam lagu ella jeee...
ReplyDeleteRama-rama je ke......
ReplyDeletex de srange lain ke
cipta la lgu kumbang ke lalat ke nyamuk ke....
rama-rama dh biase la.......
lagu rama-ramalah sedap... lagu kumbang x sempat cipta lagi... aaaaa... tapi lagu lalat ada, lecturer bagi masa maktab dulu...
Delete